20111210

sayangnya Allah pada kita

"minta ngan Allah S.W.T kerana hidup kita ini DIA yg atur dan bukannya diri kita sendiri..."
nasihat seorang sahabat yang ana kasihi kerana Allah swt..
ana  cukup terkesan dengan nasihat yang cukup simple namun maksudnya cukup mendalam..
manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian..
bermula daripada alam roh..kemudian ke alam rahim..kemudian ke alam dunia..
seterusnya ke alam kubur..dan ke alam akhirat yang kekal abadi buat selamanya..
 begitulah perancangan Allah yang sangat cantik..indah dan teratur...

kemudian Allah Kekasih yang Maha Agung juga telah menetapkan sejak daripada azali lagi
rezeki, jodoh dan juga ajal maut seseorang hambaNya..
sangat hebat kuasa Allah..tiada yang dapat menandingiNya..
setiap yang berlaku telah tercatat di Luh Mahfuz..
cuma Allah yang Mengetahuinya...kerana pasti ada hikmah di sebalik semuanya..
contohnya..saat kematian..
kalau lah seseorang insan itu tahu esok harinya dia akan meninggal..pasti malam itu dia berasa risau dan 
tidak mempunyai selera makan..
tapi perancangan Allah Azza wa jal..sangat rapi dan teratur..
Allah pasti memberi tanda-tanda agar manusia itu bersedia..
sayangnya Allah pada Hambanya..
walaupun hambaNya jarang mengucapkan syukur..namun nikmat Allah sentiasa melimpah ruah...
kasih sayang Allah memang tidak menandingi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya..
 alangkah bagusnya kalau semua manusia sedar..
betapa sayangnya Allah kepada kita..
kalau kita lapar..di beriNya kita makanan..
kalau kita rasa sunyi, dikurniakanNya pula teman hidup yang baik..
kalau kita takut..Allah sentiasa ada bersama kita..


rasa nak mengalir air mata..mengenangkan betapa banyaknya nikmat Allah yang aku persiakan..
namun sihat..nikmat makanan..nikmat waktu lapang..
ketika aku sihat, betapa banyakkah yang aku sumbangkan untuk islam?
ketika aku mempunyai waktu lapang..adakah aku mengisinya dengan perkara yang berfaedah..?
dan Allah tidak pernah meminta sesen pun dari hambaNya waluapun hambanya itu jarang mengucapkan syukur kepadaNya.
teringat satu kata-kata..
seorang hamba itu masuk syurga bukan sebab banyaknya amalannya..
namun kerana kasih sayang Allah...dengan rahmatNya yang sangat berharga...

kehidupan di dunia cuma sementara..
apa yang ada di dunia ini cuma sementara..cuma seperti R&R yang ada di dunia ...
nikmat yang ada menjadi wasilah menuju ke alam yang seterusnya..alam akhirat..
suami, isteri, anak-anak, sahabat-sahabat..harta..semua menjadi wasilah...jalan atau cara kita lagi mengabdikan diri kepadanNya...
baiknya Allah...sayang Allah pada kita...

ucapkanlah Alhamdulillah...di kala kita senang dan susah...
ayat yang cukup mudah untuk di lafazkan..
sujudlah kepadaNya...
dengan sepenuh rasa kehambaan...
cuma dua perkara yang Allah beri tugas kepada kita.....
1.menjadi seorang hamba yang mengabdikan diri kepadaNya..
2.menjadi khalifah di muka bumi...

mudahan ada hati yang sentiasa hidup untuk menerima kebenaran..
ada hati yang penuh rasa cinta terhadapNya..
yang masih segar dan sedar tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah..



No comments:

Post a Comment