20111124

Indahnya tarbiah Allah..




semua orang akan di uji dengan pelbagai ujian..
tidak ksahlah ujian itu sekecil-kecil zarah ataupun sebesar-besar gunung di banjaran..
ujian yang datang di beri dengan pelbagai keadaan..
dan insan yang menghadapinya mempunyai cara yang berbeza bila menghadapinya...

namun..
ujian yang di beri..semua nya adalah di atas perancangan Allah...
setiap detik dan degupan jantung  insan pasti ada ujian yang datang..
merasa peritnya melalui proses pentarbiahan itu..
hinggakan kaki yang tegak ini terduduk..
dan linangan air mata yang mengalir tanpa di sedari..

indahnya tarbiah Allah..
setelah Dia turunkan hujan dan ribut petir,
pelangi yang indah muncul..
menyinari mata yang kelam..

semua insan akan merasa semua ujian..
dalam surah Al-Ankabut Allah ayat 2
 dah lakarkan ayat-ayat cinta untuk hamba-Nya..
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,
"kami telah beriman," dan mereka tidak di uji?

semua nya ujian...proses melatih diri lebih bersifat sabar
dan paling penting supaya diri lagi dekat dengan penciptanya..
sabar..
sabar bukan sekadar diam..dan terus diam..merelakan sesuatu tanpa berikhtiar.
tetapi sabar adalah redho dan tidak berputus asa mencari cara dan penyelesaian..
di situ terasa manisnya iman..
dekatnya diri dengan Tuhan..

ujian atau nikmat yang datang semuanya dari Tuhan yang satu Allah swt..Maha Esa..
apabila kita mendapat sesuatu ujian,
perlunya muhasabah dan penghayatan yang mendalam..
mungkin dahulu kita pernah terniat untuk mendapatkan sesuatu..
Hamba ingin merasa manisnya iman Ya Allah..
lantas kita di beri ujian..
agar dapat melalui proses pentarbiahan..
apabila diri sedar dan ingat kita pernah memohon sesuatu kebaikan
dan Allah mengurniakan
kadangkala cepat dan kadangkala lambat..
ketika itu akan terasa syukur yang tidak terhingga...
syukur kerana Allah memberi kemanisan iman...

indahnya tarbiah Allah..
terima kasih Ya ALLAH..
di kala diri di timpa ujian..
Engkau mendengar segalanya..dan memberi petunjuk kepada hamba..



innalillahi wa inna ilaihi rojiun...ucapan di kala musibah melanda..
ingatan kepada diri sendiri dan juga insan yang bergelar manusia..

No comments:

Post a Comment