20111201

Nikah itu sunnah



NIKAH...
satu kalimah yang sangat sinonim dalam kalangan manusia terutama pasangan yang masih muda..
nikah adalah sunnah Rasulullah saw..dan nikah merupakan jalan untuk mengelakkan zina..
ramai yang inginkan kebahagiaan..ingin di sayangi dan menyayangi..
ingin dibelai dan di indungi ...
namun...
dilihat pada masa kini terlalu ramai remaja  yang tertipu dengan 'kebahagiaan palsu'
bercinta sebelum kawen kononnya ingin berkenalan dahulu dengan si dia..
berkongsi segalanya..diala hero saya..dialah segalanya..saya tidak boleh hidup tanpanya..
tapi...
bila di sebut tentang nikah..pelbagai alasan yang keluar..
fitrah manusia sentiasa sangat luar biasa..
tidak salah menikah..bagi mengelakkan zina..
"tapi saya tidak berzina..saya cuma mesej2 biasa je.."
punca zina adalah sekecil-kecil perkara..
dari berhubung dengan dia yang tidak halal bagi kita..kemudian syaitan menambah bunga2 agar pergi berjumpa...jumpe je...x buat pape pun..
itu mungkin kali pertama..dan yang seterusnya...?

ramai yang inginkan seseorang yang soleh dan solehah..kerana yakin jika soleh dan solehah 
dapat membahagiakan kehidupan berumahtangga..
wahai diri...
ketahuilah...dan ingatilah...jika engkau inginkan yang soleh atau solehah..
persiapkanlah dirimu untuk menjadi soleh dan solehah...yakinlah dengan janji Allah
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...Allah akan menitipkan rasa cinta itu kepada dia ..
hati ini Allah yang pegang...jadi kenapa perlu risau?...doa doa doa dan doa...

untuk menuju ke alam rumahtangga yang penuh mawaddah wa rohmah..perlukan persiapan yang kukuh...dan tidak rapuh...ibaratnya seorang jurutera yang ingin membuat bangunan..pelaksanaannya  penuh teliti, berhati-hati dan barang2 yang berkualiti agar binaannya kukuh..
jika memilih satu ikatan yang rapuh..maka pengakhirannya juga akan runtuh..

maka apakah orang2 yang mendirikan bangunan (masjid) atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhoanNya itu lebih baik ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu (bangunan) itu roboh bersama-sama dengan dia ke neraka jahanam? Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim...(At-Taubah 109)

gambaran sebuah masjid dalam konteks membina keluarga yang sakinah...tenang...
dalam sebuah masjid..
adanya seorang imam..imam itulah  yang akan memimpin makmumnya..
adanya suasana yang ingat pada Allah..seperti azan dan iqomah..
adanya bacan-bacaan Al-quran..pedoman hidup insan di mana berada.
suasana yang mendamaikan..semua menutup aurat..taat pada Allah..
suasana adanya syura..berbincang...dan rasa cinta pada perbincangan..
gambaran dalam masjid seperti dalam membina sebuah keluarga yang di redhoi Allah..

namun...
kadangkala ada hati yang terfikir...
"saya belum bersedia ke arah itu..."
untuk membina keluarga sakinah bukannya pada ketika hari hendak menikah..tetapi..
ianya bermula dari sekarang...jika belum bersedia,,persiapkanlah dirimu...perlu merancang dari sekarang..kenapa perlu dari sekarang?
kerana proses ke arah soleh dan solehah perlukan masa dan kekuatan dalaman..
yang penting niat  perlu sentiasa di betulkan..

indahnya hidup bersyariat...nak kawen? 
kna target bnda yang besar, kita dapat yang besar..
kalau nikah bertargetkan ingin mendapatkan makhluk..kita akan dapat makhluk..yang hina..
namun kalau kita target Pencipta makhluk..
kita akan dapat makhluk dan juga RedhoNya....cinta pada Allah...

wallahualam


terima kasih kepada kak fatimah..sudi berkongsi pelbagai ilmu yang bermanfaat..

No comments:

Post a Comment