20120103

pengorbanan seorang ibu...




rindu yang teramat kepada seorang yang bergelar Ibu...
Ibu...Ibu...engkaulah ratu hatiku...
bila melihat wajah Ibu..hati terus jadi sayu..sebak...ibuku seorang yang sangat tabah...
di sebalik senyumannya tersembunyi banyak penderitaan..
yang tidak mampu di ungkap dengan kata-kata..
setiap hari ibu bangun awal menyediakan peralatan sekolah anak-anak, 
seterika baju, buatkan sarapan, kemaskan buku...dan hantar anak-anak ke sekolah..
begitulah rutin harian seorang Ibu...
pengorbanan seorang ibu tidak mampu dibayar dengan wang ringgit..
ketika seorang anak itu sudah berjaya, mempunyai pekerjaan yang baik, anak yang ramai..duit yang banyak..
si Ibu tidak meminta pun si anak untuk membalas semua jasa yang di buatnya selama ini...
cuma...kasih sayang dan perhatian seorang anak ketika  dia menghampiri waktu senja
 Allah sangat menjaga dan amat kasih kepada hambaNya..
di sebabkan itulah di syariatkan supaya anak-anak mentaati kedua ibu bapanya selagi mana keduanya tidak melanggar syarak..
cuba bayangkan kita di tempat ibu bapa..apa perasaan kita di kala anak-anak tidak mempedulikan kita..
selagi kita di beri peluang untuk bersama dengannya, mendengar suaranya, menatap wajahnya...pohonlah kemaafan daripada seorang ibu..sentiasalah  berdoa, berbaktilah kepadanya...Ibu kita cuma ada seorang di dunia..hargailah dia..kerana satu hari nanti..dia akan pergi meninggalkan kita...buat selamanya...

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan, segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan..
tertutuplah pintu syurga jika tiada keampunannya..azimat ini ku tanam di lubuk hati yang dalam

wahai ibu...anakmu amat merinduimu..ampunkan dosa anakmu ini jika selama ini pernah mengguris hatimu..

No comments:

Post a Comment