20120615

Bismillahirrohmanirrohim...
setelah hampir 7 bulan blogku tidak terupdate...
dek kesibukan sebagai seorang pelajar..
sebagai seorang daie...
sebagai seorang sahabat...
 Sem 2 AKAN berakhir pada hari ini..
aku berfikir mengenang masa lalu..terlalu banyak yang ku lalui pada sem ini.. 
Tanpa Arwah di sisi.. 6 Mac 2012 tarikh yang takkan ku lupa...hari yang menggamit perasaan dan jiwaku..
pemergian arwah kak Fatini dan Kak Hidayah..sangat memberi kesan kerana aku sangat sangat sayang kepada mereka berdua..mereka sahabat seperjuangan ku..kak Fatini.. orang yang sangat baik..yang menjagaku ketika sem 1..sampai x tdor malam.. sampai ke waktu subuh.. kesakitan yang ku alami menjadi ringan dek kerana kasih sayang dan keprihatinan yang cukup berharga daripada seorang insan yang sangat ku rindui..terlalu susah untuk aku melupakan dia.. sampaikan di akhir pertemuan, aku tidak di izinkan untuk melihat wajahnya.. Allah Maha Mengetahui keadaan hambaNya.. Mungkin aku tidak cukup kuat menghadapi pemergiannya..ku luahkan rasa rindu ku pada seorang akak..
"akak pun rindu dengan dia dik..dorang bertiga sangat ceria ketika masih di rumah akak.. dan arwah memakai baju yang cantik dan memakai wangi-wangian.. mukanya sangat cantik..tapi satu perkara yang akak doa di dalam hati.. Ya Allah.. hamba mohon agar rinduku pada mereka  berdua tidak melebihi rinduku pada Rasulullah saw.."
aku terkedu..subhanallah..indahnya tarbiah mu ya Allah..dikurniakan sahabat yang sering mengingatkanku dari kelalaian..aku tersedar..rupa-rupanya selama ni aku terlalu memikirkan tentang arwah sehingga terlupa ada insan yang lagi mulia iaitu Rasulullah..
aku teringat peristiwa ketika kewafatan Rasululullah saw.. para sahabat..seperti saidina Umar tidak percaya sehinggakan mengangkat pedangnya dan marah kepada sesiapa yang mengatakan Rasulullah telah wafat..namun Saidina Abu Bakar telah menenangkan dengan berkata..

"Wahai sekelian yang hadir, barangsiapa yang menyembah Nabi Muhammad maka sesungguhnya Nabi Muhammad telah wafat, tetapi baransiapa yang menyembah Alla, maka sesungguhnya Allah hidup selama-lamanya. Dia tidak akan mati. Sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, telah lalu sebelumnya beberapa pesuruh Allah yang lain. Sekiranya dia wafat atau terbunuh makan janganlah kamu kembali menjadi sesat. Barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu tidak akan memudaratkan Allah. Allah akan membalas hambNya yang bersyukur"...

hmmm..aku termenung..memikirkan kata-kata hikmah ini..sem ini aku mengalami sedikit perubahan perasaan kerana 3 kematian yang berlaku di depan mata.. Ya Allah kuatkan hamba..hambaMu ini sangat lemah..sangat memerlukanMu walau di mana berada..perjuangan perlu diteruskan walaupun Rasulullah saw beribu tahun telah meninggalkan kita..namun perjuangan yang telah bermula perlu diteruskan sehingga nyawa menghembuskan nafas yang terakhir.. muhasabah diri ketika lalai.. taujihat diri ketika jatuh,, bangkit semula ketika hilang.. ingat pada Rasulullah..rindu pada Rasulullah..semoga hidupku dan matiku dalam perjuangan islam... amin....


Alfatihah buat Rasulullah saw.. para sahabat, tabiin, tabi; tabiin para ulama dan semua umat islam yang telah pergi menghadap Ilahi..semoga roh mereka di cucuri rahmat dan keberkatan..

buat sahabatku.. aku amat merindui kalian berdua..
kenangan yang terukir indah amat susah dilupakan..
seperti semalam aku baru bertegur sapa dengan arwah hidayah..
seperti baru semalam kak tini menjagaku dengan penuh kasih sayang.. 
dia tidak meninggalkanku walaupun seketika..

" hasa, hasa kena kuat..hasa kena sihat.. hasa jangan fikir negatif..
nanti koranglah yang akan jaga kolej ni.. "
" hasa kena belajar..buat nota sebelum exam..."

" nanti belajar naik basikal ye..pastu moto dan kereta.macam mana nak berjuang ni. muslimat kena pandai"...



terima kasih akak..semoga gelaran MATI SYAHID  buat kalian berdua..

No comments:

Post a Comment