20120630

ya Allah..
hamba sangat rindu padaMu..
rindu sangat2..
hamba rindu membaca ayat-ayat cintaMU..
rindu untuk mengadu kepadaMu..
namun Ya Allah..Engkau hadir dalam setiap denyutan nafasku..
ya Allah..hamba ingin mengadu pada Mu..

hamba di uji dengan perkara yang tidak pernah di impi sebagai seorang anak..
tidak di impi sebagai seorang sahabat..
tidak di impi sebagai seorang gadis..

hati dan perasaan adalah sesuatu perkara yang abstrak dan subjektif..
ianya tidak boleh dipaksa..ianya hadir dari hati..
perasaan suka, cinta adalah kurniaan dari Allah..
tanpa perasaan seperti ini maka hambarlah dunia..
namun..
perasaan yang tidak dipandu dengan baik akan membawa kepada kehancuran..
contohnya..perasaan benci..jika tidak dikawal boleh membawa kepada pergaduhan..
perasaan cinta kepada manusia ..jika tidak dikawal boleh membawa kepada kelalaian..

begitulah hakikat perasaan..tidak boleh lebih..mungkin boleh kurang..
perasaan ibu bapa terhadap anaknya..
perasaan sesama suami isteri..
perasaan sesama sahabat..
namun..perlu di ingat..
semua perasaan yang hadir perlu di kawal..
jangan menjadi 'hamba' kepada perasaan..
menurut sahaja apa yang perasaan inginkan..

ketika kita tengah melayan perasaan..kita mengingati Allah dan RasulNya..?
sambil berdoa..
"ya Allah..hamba rindu pada insan ini, namun hamba berharap agar kerinduan ini
tidak melebihi rasa rindu hamba padaMu dan RasulMu..

amat berat..dan sukar untuk dilaksanakan..
namun perkara yang telah menjadi satu kelaziman akan dimudahkan..
begitulah hakikat insan..perlu berulang dan berulang..
tidak boleh tidak..kena berusaha untuk lakukan..
hanya ada 2 pintu..
pintu kebaikan atau pintu keburukan..
fikir-fikirkan..



No comments:

Post a Comment