20111110

sunat dhuha pelengkap kehidupanku





Aku bangun pada hari ini dengan satu perasaan yang luar biasa...setelah selesai menunaikan solat, aku segera menyiapkan sarapan pagi kerana perutku asyik berkeroncong..hmmm..Namun, hatiku masih belum tenang...ketika  menghapiskan suapan ku yang terakhir, aku tersentak mendengar satu alunan zikir yang amat menyentuh sanubariku...owh...kalau aku tidak silap, itu merupakan doa yang di ajar oleh Nabi SAW ketika waktu dhuha..


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 

hmmm...patutlah aku rasa tidak tenang, rupa-rupanya aku belum menyempurnakan solat sunat dhuha...emm, tapi ini cuma salah satu sebab mengapa aku tidak tenang..aku perlu mencari sebab lain.lantas aku menyegerakan solatku...Dalam sebuah buku yang bertajuk solat-solat sunat Rasulullah Saw yang di susun oleh As-Sayid Sabiq ada menyatakan sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud:

"Dalam tubuh manusia itu ada tiga ratus enam puluh ruas tulang. Ia harus dikeluarkan sedekahnya untuk untuk setiap ruas tulang tersebut. Para sahabat bertanya..:"Adakah orang yang mampu melaksanakan seperti itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, " kahak yang ada di masjid lalu tanam ke tanah dan membuang sesuatu bahaya dari tengah jalan, maka ia bererti suatu sedekah. Tetapi jika tidak mampu melakukan itu semua, cukuplah engkau mengerjakan dua rakaat solat sunat dhuha"  Hadis riwayat:Ahmad dan Abu Daud dari Buraidah
 
alhamdulillah aku berasa sangat tenang setelah selesai menunaikan solat sunat dhuha...terasa seluruh sendiku bergerak dan peraliran darahku juga menjadi lancar...semoga semua urusan yang aku ingin selesaikan pada hari ini berjalan dengan lancar dan di mudahkan oleh Allah swt..





1 comment:

  1. salam kepada semua, jgn lupa amal solat sunat dhuha..pintu rezeki sgt banyak pada waktu dhuha.wallahualam

    ReplyDelete