20111110

ku mohon petujuk Mu ya Allah...

"Ya Allah.. .Jika jodoh kami sudah menghampiri nanti, janganlah kami terpaksa membuat banyak pilihan. Temukan sahaja jodoh yang paling serasi dengan kami. Yang bersedia menerima diri kami seadanya. Mengahwini dan menerima bukan kerana diri kami semata-mata tetapi sudi menerima apa jua keadaan keluarga. Moga jodoh kami nanti menyayangi mak dan ayah sebagaimana kami anknya menyayangi mereka. Mogajodoh kami nnti mengambil berat kebajikan mak dan ayah sebagimana kami ingin menjaga kebajikan mereka.

"Biar nanti perkahwinan itu bukan sahaja menyatukan dua hati malah menjalin kan ukhwah antara keluarga. 
"Ya Allah. Yang paling penting..temukanlah jodoh yang sudi menerima diri kami sebagai sahabat, kekasih dan isteri. Yang saling kasih mengasihi sehingga akhir hayat nanti. Samada diri kami atau dia yang sakit atau dipanggil oleh-Mu dahulu, kami akan saling setia sehingga akhirnya kami menemui-Mu - di Firdaus yang satu.

"Ya Allah. Jika ditakdirkan jodoh kami terlebih dahulu memasuki syurga-Mu dan menemui jodohnya “Si Bidadari Bermata Jeli” Berikan lah kami peluang ya tuhan, melihat kelibat dan menatap wajahnya walau seketika dari kejauhan. Sekadar di pinggiran. Cukuplah untuk kami tahu dia telah berada di situ..

   Amin ya robbal alamin....aku termenung seketika...ku ingati semula doa yang telah ku panjatkan sebentar tadi...Ya Allah, bantu hambaMu ini....hamba ingin seseorang yang boleh membawa hamba ke gerbang syurgaMu...
"Emm..enti ana perlukan enti ni..tolong editkan surat yang ana dah buat ni..ana rasa ayatnya perlu di perbaiki..." Imran merupakan salah seorang ikhwah yang ku kenali..
"boleh, nanti ana tgkkan ya.."..balasku tanpa memandang wajahnya...pandangan mata harus di jaga walaupun kita bergerak kerja yang memerlukan kerjasama antara ikwah dan akhwat..
" syukran enti..semoga kebaikan Allah mengiringimu"..
"Afwan..."
   Begitulah rutin harianku..selain sibuk dengan akademik, keperluan dakwah juga menjadi keutamaan..aku teringat lirik lagu tentang saidina umar..

Aku hanya seorang Umar 
Kemuliaanku kerana Islam 
Semua ke syurga kecuali dia 
Ku bimbangi dialah diriku

saidina Umar amat risau sekiranya dia tidak dapat ke syurga...dia amat menyesali semua yang pernah dilakukan sebelum mendapat hidayah Allah...hmmm....dan jalan dakwah seperti yang dilakukan oleh saidina umar ini amatlah mulia..dan aku kini juga ingin meneruskan rantai-rantai perjuangan Nabi SAW, kemudian sahabat, tabi' , tabi' tabiin dan ulama-ulama yang lain...Namun dalam meniti kehidupan dai'e terlalu banyak  rintangan dan dugaannya..salah satunya adalah ikhtilat..ya Allah, lindungi hambaMU ini dari dihinggapi masalah hati, jauhkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah kepadaku...


"Assalamualaikum...selamat hari raya eiduladha.." aku terkejut membaca pesanan ringkas yang tidak ku tahu siapa empunya diri...

"waalaikumsalam wbt..syukran..maaf, ini siapa ya"? balasku dengan harapan ini adalah sahabatku yang balik bercuti ke rumahnya di kedah..

truuutt truuut truuut..

"ana sahabat enti dalam islam, dulu enti pernah menolong ana menyiapkan proposal projek"...balasnya..

aku cuba mengingati...emmm..

hari berganti hari, bulan barganti bulan dan tahun berganti tahun..aku bersyukur kerana berjaya menghabiskan studyku dan berjaya mendapat tawaran kerja di daerahku sendiri..namun ada satu perkara yang belum aku capai dalam hidup ini iaitu kehidupan berumahtangga..ramai teman-teman seperjuangan ketika di kampus dulu yang telah berkahwin dan telah mempunyai cahaya mata...shazwani sahabat baikku telah melanjutkan pelajaran pada peringkat master ke mesir dalam bidang bahasa. Dan amat menarik lagi, sahabatku ini pergi bersama teman hidupnya...subhanallah..dan sahabatku seorang lagi Aisyah pula juga sama denganku akan  mengajar di sekolah lamanya dulu iaitu kolej islam sultan alam syah..hmmm...dan aku?

"mak, doakan hawa dapat diposting di tempat kelahiran hawa ya.." di samping gerak kerja dakwah yang masih memerlukan ramai penggerak muda, aku sememangnya ingin menetap di tempat asalku sendiri..cuma..dia yang ku panjatkan dalam istikorohku belum lagi datang menjemputku..emm..xpalah..mungkin dia masih mencari kehidupannya sendiri..

malam itu, setelah selesai menunaikan solat sunat, aku merebahkan badan di atas katil yang empuk..letih rasanya seharian mengajar dan mendidik anak bangsa ku sendiri..aku cuba melelapkan mataku..dalam keadaan separuh sedar aku ternampak satu bayang-bayang muslimin yang kurang jelas mukanya...aku cuba untuk melihat mukanya namun dia berpaling membelakangiku..

"hawa! hehe..ni ha ada bungkusan untuk ko..bkalah..aku rasa 'putra raja' yang  ko impikan dari dulu 2 nak meminang ko x.." usik Siti dengan senyuman yang sengaja mengenakanku...

" amin la cik siti,lau la betul ptg ni aku blnja ko makn ea.." blasku dengn senyuman..
ku buka bungkusan itu dengan perlahan, ada terselit sekeping kad dari si pengirim..
khas buat bakal isteriku..
aku tersenyum memandang kad tersebut..ku buka bungkusan tersebut..subhanallah..sebuah jubah putih yang telah di belikannya untuk hari pernikahan kami kelak..cantik...

  Hari pernikahanku semakin hampir..aku berasa berdebar-berdebar kerana aku akan menamatkan zaman bujangku dan memulakan kehidupan sebagai seorang isteri..ku yakin dialah putera yang terpancar dalam istiqarah sebagai jodoh akan mendapat cintamu kerana Allah..Di jalan halal dia memimpinku demi mencari redho Allah... cuma aku sendiri tidak tahu bagaimana rupanya yang sebenar..kerana sebelum ini kami hanya berbincang menggunakan hijab..

sepupuku membantu aku bersiap kerana majlis akad nikah akan di laksanakan tidak lama lagi...ku lihat mukaku di cermin...Ya Allah, ampuni dosa hamba, izinkan hamba untuk meneruskan kehidupan ini dengan redhoMu...aminnn

" Hawa...." ibu masuk ke kamarku..aku tersenyum memandangnya..
"ibu, cantik x"? tanyaku...
"cantik"?...ibuku menundukkan kepalanya..
 
"Hawa, hawa memang cantik sayang..cuma ibu harap hawa dapat sabar menerima berita ini..." 
"Imran Hafifi telah pergi menemui Tuhan pada waktu subuh tadi.." ibu tersekat-sekat memberitahuku..

aku terduduk di birai katil..ya Allah uijian apakah ini...aku terdengar suara televisyen diluar..berita seorang jurutera syarikat besar telah meninggal dunia pagi tadi dalam keadaan sedang bersujud di atas sejadah sembahyangnya..aku meneliti setiap gambar yang pihak media keluarkan itu...ya, rupanya itulah bakal suamiku yang aku tidak sempat melihat mukanya...sungguh tenang mukanya..tabahkan hati hamba ya Allah menghadapi dugaan ini...Allah lagi sayang kepadanya..


"Ya Allah. Jika ditakdirkan jodoh kami terlebih dahulu memasuki syurga-Mu dan menemui jodohnya “Si Bidadari Bermata Jeli” Berikan lah kami peluang ya tuhan, melihat kelibat dan menatap wajahnya walau seketika dari kejauhan. Sekadar di pinggiran. Cukuplah untuk kami tahu dia telah berada di situ.."

aminn..mudahan Allah mencucuri rahmat keatas mu....



No comments:

Post a Comment