20111112

Qiamullail kekuatan dalam seorang insan yang bergelar Abid dan Khalifah..

           sebelum dengar lagu nasyid ni, antum boleh silentkan  halwa telinga di page bawah..:)

Antara keutamaan solat malam ialah Allah menyatakan bahawa orang-orang yang menjaga solat malam, mereka itulah sebenarnya orang-orang yang berhak dan layak menerima kebaikan serta rahmat-Nya sebagaimana firman-Nya  dalam surah Az-zarriyat :15-18 yang bermaksud

 "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar pada-Ny.(keadaan mereka yang sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepada-Nya pleh Tuhan mereka.Sesungguhnya mereka di dunia ini dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam untuk mereka tidur. dan pada waktu akhir malam(sebelum fajar) pula, mereka selalu beristigfar kepada Allah(memohon ampun). dan pada harta mereka(ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan dari (dari meminta)


antara keistimewaan Qiamullail ialah...
1.kebiasaan orang-orang soleh
2,amalan yang lebih utama selepas solat fardu
3.mendapat kemuliaan
4.amal ibadah yang sering dokerjakan Rasulullah
5.salah satu penyebab masuk syurga
6.menghilangkan kemurkaan Tuhan
6.menyejukkan kepanasan api neraka
7.di kagumi dan dicintai Allah
8.menghapuskan kesalahan dan dosa
9.memendekkan masa berdiri di panjang mahsyar
10.lebih baik daripada dunia seisinya
 dan banyak lagi...

kadangkala kita melihat seseorang yang apabila ditimpa masalah, ada yang tenang, gusar, kecewa yang teramat, bunuh diri, stress berpanjangan..dan sebagainya..Pelbagai cara yang cuba di lakukan agar masalah yang dihadapi dpt diselesaikan...dan ubat yg mujarab adalah bangun berqiamulail...dekatkan diri dengan Allah...adukanlah segala permasalahanmu dengan Allah..Dia yang berkuasa atas segala-galanya...baik dan buruk semua berlaku di atas keizinannya...subhanallah..marilah kita sama-sama untuk sentiasa menambahkan amal ibadat kepadaNya untuk menjadi insan yang nertaqwa, kuat dalaman dan luaran, rohani dan jasmani...

kepada semua yang bergelar daie di luar sana, janganlah sedih atau gusar sekiranya dirimu dihina, di cerca, dan pelbagai lagi masalah datang menimpamu...carilah kekuatan sebenar yang hakikatnya sentiasa ada di sampingmu iaitu Tuhan yang satu Allah swt..pohonlah petunjukNya untuk menyelesaikan masalahmu..

semoga Allah memudahkan segala urusan kita...


                       anak buah yang tersayang..umur baru 2 tahun...anak soleh:)

1 comment:

  1. waa comelnya kanak2 itu..very like~

    ya, apapun yg berlaku, semua kita kena adukan pd Dia..

    ReplyDelete