akal turut bergerak seiring dengan panduan Ilahi agar yang gelap dapat diterangi
20111111
Surat Hawa Untuk Adam
Adam mengertilah
sungguh Hawa telah melakukan yang terbaik
agar diri ini tak menjadi fitnah dunia
telah hawa cuba menjaga diri dan tabarruj
perfume, make up, dan perhiasan
telah hawa elakkan sejauhnya
namun mengapa masih ada Adam tertarik pada Hawa..
yang serba kekurangan ini?
Adam mengertilah..
Hawa ini berjiwa lembut
sukar untuk hawa menolak bila adam meminta
hawa tahu permintaan adam
tak mungkin membawa hawa ke kancah maksiat
namun..hawa lemah
hawa takut zina hati
ingin sekali hawa membiarkan sahaja..
Adam mengertilah,
Hawa bukanlah insan yang kuat
bukan juga insan yang bisa menahan nafsu
tatkala diri diuji hawa sering tewas
tewas dengan godaan syaitan dan nafsu sendiri..
Adam mengertilah
setiap kali sms diterima
Hawa keliru
ingin sekai hawa membiarkan sahaja
tapi hawa akur tuntutan sahabat
hawa tewas, reply juga
menegenagkan adam adalah sahabat
Adam menegertilah
hawa mengharapkan adam menjaga hawa
namun bukanlah couple yang hawa pilih
tapi cukuplah sekadar menghargai hawa
sekadar seorang hawa
janagan dipinta apa yang tak mampu hawa berikan
kerana hawa milik Allah sepenuhnya
Adam mengertilah.....untukmu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment