20111110

dengarlah nasihatku ini puteriku...

Aduhai puteriku sayang...
apa kabarmu pada hari ini?...
apa kabar imanmu?bertambah atau berkurang...
atau sentiasa bertambah dan sentiasa berkurang..

puteriku...
mungkin di saat ini dikau sedang sibuk mempersiapkan dirimu untuk ke kuliahmu..
mulakan segala langkahmu dengan kalimah suci Bismillahirrohmanirrohim...
mulakan langkahmu dengan yakin..dan hiasiah wajahmu dengan senyuman agar hari menjadi cerah..
namun...
kau jangan lupa agar membetulkan niatmu...betulkan dan sentiasa perbaharui niatmu...
kerana niatlah yang akan menetukan cara kita berfikir, cara kita berpakaian, cara kita berkomunikasi, cara kita bercakap...tanpa kita sedari...segalany bermula dari niat...
contohnya niat pada hari ini ialah menuntut ilmu kerana Allah..ni adalah niat yg simple tp maksudnya cukup mendalam..kerana Allah..kerana segala perkara tidak akan sempurna jika tidak diniatkan kerana Allah...tapi, niat seperti ini kebanyakan manusia tidak cuba memahaminya secara mendalam...
adakah niat kerana Allah itu sempurna sekiranya pakaian yang dipakai ke bilik kuliah tidak menutup aurat sepertimana yang Allah syariatkan dlm surah Al-Ahzab :ayat 59

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

nah....
puteriku...laksanakan lah apa yang Allah perintahkan kepadamu dengan seluruh jiwa dan ragamu..
janganlah kau merasa susah atau payah mengikut syariat kerana

…. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
[Al-Baqarah, ayat 216]

yakinlah akan dikau sesuatu yang Allah syariatkan itu pasti ada hikmah di sebaliknya...
nasihat ini aku berikan sebagai tanda sayang kepadamu kerana kita adalah bersaudara...

aku tidak mahu ada mata-mata yang memandangmu dengan nafsu yang tidak di urus dengan baik...
aku tidak mahu ada hati-hati yang lemah dan cepat jatuh ke arus yang deras dan berbahaya kepada diri mereka sendiri...

puteriku...

banyak lagi yang ingin aku lakarkan di sini..
ingatlah..muslimat atau gadis atau wanita atau perempuan itu ada dua pintu padanya..
samaada pintu kebaikan ataupun pintu keburukan...maka kau berhak memilihnya...fikirkan, adakah diriku ini membuka pintu kebaikan kepada kaum adam sekiranya auratku tidak di jaga dengan baik...
wallahualam....menuju gerbang syurgaMU


No comments:

Post a Comment